Yang terlepas.

Kita berpisah.

Aku teruskan kehidupan dewasaku.
Kau teruskan kehidupan remajamu.

Kita saling berjanji:
Tak kira apa jua, kita akan kembali bersama.

Kerana kita hanya perlu mencari diri sekali lagi.

Aku mengharungi pelbagai kesusahan.
Setiap hari aku inginkan kau disisiku.
Tapi aku tahu, aku harus sembuh sendiri supaya aku tak melukakan kau lagi.
Supaya kau tidak lagi sedih melihatku begini.

Pada tahun baru, aku kehilangan semangat.
Aku sedia meninggalkan dunia ini.
Tapi kau memberikan aku harapan.
Kau berikan aku semangat untuk terus hidup.
Dan kau janji akan berada di sisiku.

Setelah aku rasa yang sedia untuk kembali ke sisimu,
Kau telah pun bersama si dia.

Kau pergi meninggalkan aku.

Mungkin salah aku kerana mengambil masa yang terlalu lama untuk sembuh.
Mungkin salah aku kerana tidak sering memberitahu perasaan aku padamu.

Tapi bukankah perasaan cinta itu mengambil masa berminggu, mahupun bulan untuk dibina?
Adakah kau mencintai dia pada waktu yang sama kau memberi aku harapan?

Aku keliru. Aku sakit. Aku sepi.

Kau terlepas dari genggamanku, dan selesa di pelukannya.
Kau bahagia. Aku derita.

Aku masih mencinta dan hanya mampu berharap.





For the one that has my heart.
The one who's existence I was thankful for.
The one who came into my life, unexpectedly.
The one that got away, now in another's arms. x

Comments

Popular posts from this blog

Dereliction.

Negaraku, Malaysia.